 | Perkahwinan di Kg. Chegar Perah
Perkahwinan antara Sal dan Sharul diadakan di Kampung Chegar Perah, Kuala Lipis. Acara perarakan dan bersanding di rumah pengantin pada jam 1.40 tengah hari. Nampak sepadan dua sejoli mengenakan pakaian pengantin warna kekuningan yang menyeri pandangan. Sebenarnya, agak susah untuk sampai ke distinasi (rumah pengantin) kerana terpaksa memalui kawasan ladang kalapa sawit serta mengharungi jalan tanah merah (tidak berturap) yang berbukit untuk sampai ke rumah pengantin.
|